
The Fight Against Money Laundering
February 4, 2025
Identification of Beneficial Owner (BO)
February 4, 2025Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA)
Oleh : Muhamad Nazri Shaidon, CFI
Penyiasat Kewangan Bertauliah/
Mantan Pegawai Penyiasat (AMLA) Badan Berkanun
Pengenalan:
Pengubahan Wang Haram atau kini rata-rata di media sosial mengelarkannya sebagai ‘cuci wang’. Adakah keduanya membawa maksud yang sama? jawapannya YA..Bersama rencana kali ini, saya akan mengupas secara umum apa yang dimaksudnya dengan Pengubahan Wang Haram. Sebenarnya tanpa kita sedari banyak aktiviti pengubahan wang haram atau cuci wang ini berlaku semenjak Covid-19.
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haran, Pencegahan Pembiayaan Keganansan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 telah diwartakan pada tahun 2001. Ianya merupakan Aktau tama yang memerangi aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia.
Pengubahan Wang Haram merujuk kepada proses pengubahan hasil yang diperolehi daripada kegiatan haram supaya ianya kelihatan bersih dan sah disisi undang-undang.Analogi yang terbaik adalah konsep mesin basuh (washer machine). Baju yang kotor setelah dicuci dengan mesin basuh, ianya akan kelihatan bersih dan wangi.
Begitu juga dengan konsep pengubahan wang haram. Duit atau harta yang dimiliki daripada aktiviti haram perlu dibersihkan atau dicuci. Kenapa? Bagi memastikan ianya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan memberikan gambaran bahawa mereka memperoleh duit dan harta tersebut daripada aktivit yang sah di sisi undang-undang.
Bagaimana Pengubahan Wang Haram berlaku?

Gambarajah1: Konsep Pengubahan Wang Haram
Pengubahan Wang Haram berlaku apabila sumber harta atau dana(fund) yang diperolehi datang dari aktiviti-aktiviti haram. Ramai menggap pengubahan wang haram hanya disebabkan oleh aktiviti rasuah. Sebenarnya, ianya juga boleh datang dari sumber haram yang lain seperti penipuan, skim cepat kaya, pemerdagangan orang, penyeludupan, insider trading, aktiviti dadah, lari cukai, perjudian, aktiviti senjata api dan lain-lain. Sehingga Oktober 2020, terdapat lebih kurang 459 kesalahan jenayah dibawah 51 Akta di Malaysia merupakan aktiviti pengubahan wang haram.
Ada (3) tiga tahap atau proses pengubahan wang haram dilakukan penjenayah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pertama merupakan proses Penempatan. Penjenayah akan menempatkan wang yang diperolehi daripada aktivit haram ke dalam institusi kewangan. Tujuan utama adalah untuk mengasingkan wang yang diperolehi daripada aktiviti haram tersebut.
Proses Kedua merupakan Proses Perlapisan. Pelapisan adalah konsep menerusi proses pusingan pelbagai peringkat yang kompleks termasuk menjadikan wang haram dengan memisahkan wang diperoleh melalui cara haram dengan mewujudkan lapisan yang kompleks
dalam urus niaga kewangan. Tujuan utama pelapisan dilakukan adalah bagi menyukarkan transaksi dikesan oleh pihak berkuasa.
Proses Ketiga merupakan Integrasi : Wang haram diserap ke dalam sistem kewangan dan ekonomi yang sah. Ia juga menjadikan wang haram seolah-olah diperoleh secara sah. Disini selalunya penjenayah akan menggunakan duit tersebut untuk membeli hartanah, kenderaan, tas tangan dan jam tangan mewah termasuklah penubuhan syarikat.,
Kenapa Hasil daripada aktiviti haram ini perlu dicuci.?
Ianya bertujuan untuk mengelakkan aktiviti mereka dikesan, menyukarkan pihak berkuasa untuk mendakwa penjenayah terbabit., Untuk mengelakkan perolehan tersebut daripada dirampas oleh pihak berkuasa dan untuk membolehkan penjenayah menikmati perolehan tersebut tanpa gangguan serta dikesan oleh pihak berkuasa.
Maka kesimpulannya, perkara yang perlu difahami oleh masyarakat umum apabila merujuk kepada pengubahan wang haram adalah sumber dana (source of fund) yang diperolehi. Sebagai contoh seorang penjenayah yang menerima duit daripada aktiviti dadah dan membelanjakan wang tersebut untuk membeli hartanah, kenderaan mewah, termasuklah memberi sumbangan(donation) kepada rumah anak yatim. Maka segala harta yang diperolehi tersebut termasuklah sumbangan yang diberikan merupakan pengubahan wang haram dan jika disabitkan kesalahan boleh dilucuthak kepada kerajaan Malaysia
Kenapa? Ianya kerana segala harta dan aset datang daripada sumber yang haram iaitu daripada aktiviti dadah. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara, walapuan penjenayah mempunyai niat yang baik untuk menderma, tetapi selagi mana sumber dana datang daripada sumber haram maka ianya merupakan pengubahan wang haram.
Secara umumnya aktiviti pengubahan wang haram ini jika tidak dibendung diperingkat awal,
ianya akan membawa impak yang besar kepada sesebuah negara. Antaranya seperti:
Kenaikan kadar jenayah keseluruhan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Menghalang pertumbuhan dan daya saing ekonomi.
Menjejaskan integriti dan reputasi sektor perniagaan dan kewangan.
Meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan operasi pelbagai sektor ekonomi.
Apa yang dikhuatiri semenjak Covid-19 banyak aktiviti penipuan, penyamaran sebagai pegawai BNM, LHDN, KWSP bagi tujuan penipuan. Maka banyak aktiviti akaun keldai (mule account) berlaku. Penjenayah ini akan menggunakan akaun bank pihak ketiga untuk menipu mangsa. Natijahnya mereka juga akan disiasat oleh pihak berkuasa dan juga dituduh di Mahkamah kerana bersubahat dalam aktiviti penipuan.
Bagaimana?…….. Nantikan sambungan
Sir Nazri,
Certified Financial Investigator
PhD candidate
#AMLA
#awareness
#education
#MoneyLaundering
#dakwah
#dakwahsunnah